Monday 2 April 2012

Islam itu mudah




Assalamualaikum,
kepada yang sedang membacakan post idah ni..heheeheh

     Ramai yang bertanya tentang sejauh mana Islam itu "MUDAH".Bagi menjelaskan perkara ini secara langsung bolehlah dirujukkan kepada penegasan Allah SWT sendiri yang mengatakan bahawa Dia tidak mahu menyusahkan manusia.

"...Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan,dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran..."
                                (Surah al-Baqarah ayat 185)

    Nabi Muhammad SAW sendiri pula memperkukuhkan lagi kenyataan itu dengan mengatakan bahawa sesungguhnya agama itu adalah "MUDAH".
     Dalam Islam,semua tugas tanggungjawab dan bebanan adalah dibuat dan dilaksanakan mengikut keupayaan kerana Allah SWT tidak membebankan ke atas seseorang hamba-Nya lebih daripada kemampuannya.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan yang terdaya olehnya.Ia mendapatkan pahala kebaikan yang diusahakannya,dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya."
                                                                                    (Surah al-Baqarah ayat 286)

     Sementara itu semua perintah dan kewajipan yang telah ditetapkan itu adalah termasuk dalam limgkungan kemampuan manusia di samping ia sesuai dengan keadaan semulajadi mereka.
     Jadi,setiap yang mengamalkan perintah Allah SWT dengan yakin dan sempurna akan dapat merasai nikmat kegunaan dan faedah daripada perintah-perintah itu serta merasa bahagia.....

Sekian ,sampai di sini sahaja idah tulis...tidak payahlah panjang-panjang sangat....~_~