Monday, 2 April 2012

Islam itu mudah




Assalamualaikum,
kepada yang sedang membacakan post idah ni..heheeheh

     Ramai yang bertanya tentang sejauh mana Islam itu "MUDAH".Bagi menjelaskan perkara ini secara langsung bolehlah dirujukkan kepada penegasan Allah SWT sendiri yang mengatakan bahawa Dia tidak mahu menyusahkan manusia.

"...Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan,dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran..."
                                (Surah al-Baqarah ayat 185)

    Nabi Muhammad SAW sendiri pula memperkukuhkan lagi kenyataan itu dengan mengatakan bahawa sesungguhnya agama itu adalah "MUDAH".
     Dalam Islam,semua tugas tanggungjawab dan bebanan adalah dibuat dan dilaksanakan mengikut keupayaan kerana Allah SWT tidak membebankan ke atas seseorang hamba-Nya lebih daripada kemampuannya.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan yang terdaya olehnya.Ia mendapatkan pahala kebaikan yang diusahakannya,dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya."
                                                                                    (Surah al-Baqarah ayat 286)

     Sementara itu semua perintah dan kewajipan yang telah ditetapkan itu adalah termasuk dalam limgkungan kemampuan manusia di samping ia sesuai dengan keadaan semulajadi mereka.
     Jadi,setiap yang mengamalkan perintah Allah SWT dengan yakin dan sempurna akan dapat merasai nikmat kegunaan dan faedah daripada perintah-perintah itu serta merasa bahagia.....

Sekian ,sampai di sini sahaja idah tulis...tidak payahlah panjang-panjang sangat....~_~



     

Monday, 12 March 2012

"jahannam" atau "jannah"



Assalamualaikum teman2 sekalian....


Jahannam atau Jannah????sudah tentulah semua orang nakkan "Jannah".Jika kita nakkan Jannah adakah kita cukup amalan untuk ke sana????


     Cuba kita muhasabah diri kita.Bukankah tertulis dalam Alquran tentang ciri-ciri ahli "Jannah".Firman Allah:sesungguhnya barangsiapa yang akan kembali pada Allah,dalam keadaan melanggar hukum,maka untuknya neraka jahannam,iaitu mati pun tidak,hidup pun tidak(sungguh menakutkan azab neraka,terus menerus di azab).Dan barangsiapa yang kebali pada Tuhannya,dalam keadaan beriman,dan ia telah melaksanakan amal-amal soleh,maka orang-orang ini,untuk mereka darjat dan martabat yang tinggi dan mulia disisi Allah.Iaitu syurga-syurga yang mengalir sungai,dan kekal mereka didalamnya,dan itulah balasan bagi mereka yang mesucikan diri.
     Jadi kita patut tahu jika kita melanggar perintah Allah,maka tidak terciumlah bau syurga apatah lagi memasukinya.Sebaliknya kita akan masuk ke"Jahannam".
     Berkejar-kejarlah kita membuat amal soleh,bukannya berkejar-kejar membuat maksiat.oleh itu,renung-renungkanlah kita bersama...


Yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk dan kurang itu datangnya dari kesilapan dan kesalahan idah sendiri....  





asad dengki manusia




Assalamualaikum kepada kawan2 yang membaca ,


     Dari tajuknya sudah tahu apa yang idah nak cakap ini.....
sekarang ini manusia pantang nampak kawannya bahagia.Ada sahaja cara yang hendak mereka rosakkan.Ada yang melebihi batas asad dengkinya sampai menggunakan cara yang dimurkai Allah contohnya ilmu hitam,santau dan sebagainya.Hati mereka akan puas jikalau kawan mereka terseksa.
     Kita sebagai umat islam janganlah bersifat sedemikian.Syaitan serta kuncu-kuncunya amat suka sekali apabila manusia membenci sesama sendiri.Syaitan akan mengasut dan menggoda manusia hingga manusia hanncur dan berpecah belah.Dalam kalangan masyarakat,sifat asad dengki amatlah berleluasa.Hinggakan mengundang maut disebabkan asad dengki sahaja.Iman dan akidah mereka sangat lemah.
     Ya Allah,mohon hindarkanlah kami dari sifat sedemikian.sifat yang mampu memusnahkan manusia.Hanya orang yang kuat imannya serta bertaqwa kepadaMu yang mampu terhindar darinya.Mudah-mudahan kami dalam kalangan itu.Amin.....















Saturday, 25 February 2012

belajar bahasa arab sebenarnya senang

assalamualaikum,kawan-kawan semua




kawan-kawan pernah belajar arab????
Kalau pernah baguslah.sekarang ini ramai orang tidak mahu belajar arab sebabnya mereka kata susah.Sebenarnya tidak susah pun yang pentingnya kita berusaha.Macam juga kita belajar bahasa inggeris,begitulah kita belajar arab.


Memang beruntung belajar arab sebab ianya bahasa syurga,senang memahami Al-quran dan banyak lagi.Tidak rugi kita mempelajarinya.Idah pun belajar bahasa arab.Di sekolah,idah kelas(2KAA) iaitu Kelas Aliran Agama/Arab.Arab memang seronok dan bagus.Jadi siapa yang kata bahasa arab itu susah sebenarnya senang.Mungkin mereka tidak berminat.selagi belum mencuba belum tahu.Insyaallah kalau kita belajar bersungguh-sungguh bahasa arab kita tidak akan berasa susah malahan senang dan "best".


oklah.Sampai di sahaja.Syukran jazilan kepada yang membaca....~_~




Friday, 6 January 2012

keistimewaan wanita








1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT........

Sunday, 1 January 2012

azam tahun 2012




Alhamdulillah...syukur kita kepada Allah ....akhirnya sudah pun masuk tahun 2012...begitu cepat masa berlalu...mudah-mudahan tahun 2012 ini Allah akan memberikan kita lebih nikmat rezeki dan diberkati olehNYA....


pada setiap tahun setiap orang mungkin mempunyai azam yang baru....jika saya, saya berazam ingin belajar lebih tekun lagi, hindari dari hasutan syaitan yang membawa kepada keburukan dan paling penting sekali tidak lupa kepada Allah SWT....saya ingin menjadi terbaik dikalangan yang terbaik....


mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepada saya....


SALAM MA-AL HIJRAH DAN SELAMAT TAHUN BARU...........^__________^
SENTIASA SENYUM SELALU....