Monday 12 March 2012

"jahannam" atau "jannah"



Assalamualaikum teman2 sekalian....


Jahannam atau Jannah????sudah tentulah semua orang nakkan "Jannah".Jika kita nakkan Jannah adakah kita cukup amalan untuk ke sana????


     Cuba kita muhasabah diri kita.Bukankah tertulis dalam Alquran tentang ciri-ciri ahli "Jannah".Firman Allah:sesungguhnya barangsiapa yang akan kembali pada Allah,dalam keadaan melanggar hukum,maka untuknya neraka jahannam,iaitu mati pun tidak,hidup pun tidak(sungguh menakutkan azab neraka,terus menerus di azab).Dan barangsiapa yang kebali pada Tuhannya,dalam keadaan beriman,dan ia telah melaksanakan amal-amal soleh,maka orang-orang ini,untuk mereka darjat dan martabat yang tinggi dan mulia disisi Allah.Iaitu syurga-syurga yang mengalir sungai,dan kekal mereka didalamnya,dan itulah balasan bagi mereka yang mesucikan diri.
     Jadi kita patut tahu jika kita melanggar perintah Allah,maka tidak terciumlah bau syurga apatah lagi memasukinya.Sebaliknya kita akan masuk ke"Jahannam".
     Berkejar-kejarlah kita membuat amal soleh,bukannya berkejar-kejar membuat maksiat.oleh itu,renung-renungkanlah kita bersama...


Yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk dan kurang itu datangnya dari kesilapan dan kesalahan idah sendiri....  





asad dengki manusia




Assalamualaikum kepada kawan2 yang membaca ,


     Dari tajuknya sudah tahu apa yang idah nak cakap ini.....
sekarang ini manusia pantang nampak kawannya bahagia.Ada sahaja cara yang hendak mereka rosakkan.Ada yang melebihi batas asad dengkinya sampai menggunakan cara yang dimurkai Allah contohnya ilmu hitam,santau dan sebagainya.Hati mereka akan puas jikalau kawan mereka terseksa.
     Kita sebagai umat islam janganlah bersifat sedemikian.Syaitan serta kuncu-kuncunya amat suka sekali apabila manusia membenci sesama sendiri.Syaitan akan mengasut dan menggoda manusia hingga manusia hanncur dan berpecah belah.Dalam kalangan masyarakat,sifat asad dengki amatlah berleluasa.Hinggakan mengundang maut disebabkan asad dengki sahaja.Iman dan akidah mereka sangat lemah.
     Ya Allah,mohon hindarkanlah kami dari sifat sedemikian.sifat yang mampu memusnahkan manusia.Hanya orang yang kuat imannya serta bertaqwa kepadaMu yang mampu terhindar darinya.Mudah-mudahan kami dalam kalangan itu.Amin.....