Monday 12 March 2012

asad dengki manusia




Assalamualaikum kepada kawan2 yang membaca ,


     Dari tajuknya sudah tahu apa yang idah nak cakap ini.....
sekarang ini manusia pantang nampak kawannya bahagia.Ada sahaja cara yang hendak mereka rosakkan.Ada yang melebihi batas asad dengkinya sampai menggunakan cara yang dimurkai Allah contohnya ilmu hitam,santau dan sebagainya.Hati mereka akan puas jikalau kawan mereka terseksa.
     Kita sebagai umat islam janganlah bersifat sedemikian.Syaitan serta kuncu-kuncunya amat suka sekali apabila manusia membenci sesama sendiri.Syaitan akan mengasut dan menggoda manusia hingga manusia hanncur dan berpecah belah.Dalam kalangan masyarakat,sifat asad dengki amatlah berleluasa.Hinggakan mengundang maut disebabkan asad dengki sahaja.Iman dan akidah mereka sangat lemah.
     Ya Allah,mohon hindarkanlah kami dari sifat sedemikian.sifat yang mampu memusnahkan manusia.Hanya orang yang kuat imannya serta bertaqwa kepadaMu yang mampu terhindar darinya.Mudah-mudahan kami dalam kalangan itu.Amin.....















No comments:

Post a Comment